CACING merupakan haiwan yang dilihat begitu menjijikkan. Namun tidak ramai yang mengetahui disebalik haiwan yang menjijikkan itu tersimpan banyak manfaatnya. Baja kompos cacing atau vermikompos begitu popular digunakan pada masa kini. Baja jenis ini memberi lebih kesuburan kepada tanih untuk tumbesaran tumbuhan. Baja terbahagi kepada dua iaitu baja kimia dan baja organik. Penggunaan baja kimia contohnya baja kalium (K) dan fosforus (P) memberi kesan kepada kapilari tanih iaitu baja yang terserap oleh tanih akan mengalir ke sungai melalui kapilari tanih seterusnya memberi kesan kepada kehidupan akuatik. Baja kompos begitu mesra alam dan tidak mendatangkan kesan berbahaya kepada alam sekitar. Cacing merupakan haiwan yang mempunyai dua jantina. Oleh itu, ia senang dibiakkan. Bukan itu saja, vermikompos ini 100% penghasilan semula jadi dan selamat digunakan berbanding dengan baja kimia yang mendatangkan banyak kesan buruk kepada alam sekitar terutamanya kepada tanaman yang menjadi sumber makanan kepada manusia dan haiwan.

Manurut seorang penternak cacing dan juga merangkap Pengarah Urusan AZR Agro Centre Puan Azlinda Ros Abdullah, cacing mengandungi 80% lebih protein berbanding kacang soya yang boleh menyuburkan tanaman. Ia juga boleh membiak 10 kali ganda dalam satu masa. Selain pertanian, ia juga digunakan dalam bidang kosmetik, perubatan dan sebagainya.

Hasil buangan cacing akan menghasilkan baja kompos. Tumbuhan dapat hidup dengan subur apabila terdapat banyaknya garam galian dalam tanih. Protein yang tinggi dalam tanih dapat menyuburkan lagi tanih. Terdapat beberapa jenis untuk penghasilan baja kompos cacing antaranya adalah “Tiger Worm dan Blue Worm” yang mudah dibiakkan.

Para petani kini mula menyedari akan kebaikan penternakan cacing bagi penghasilan baja kompos. Di samping itu juga, kosnya lebih murah berbanding dengan baja kimia. Hal ini dapat dilihat apabila beberapa bulan yang lepas harga baja kimia meningkat lagi iaitu naik lebih 20 % atau daripada RM 1400 tan metrik kepada RM 1800 tan metrik. Hal ini berlaku apabila berlakunya permintaan tinggi terhadap pasaran baja kimia terutamanya dalam kalangan petani. Kini terdapat alternatif lain bagi menggantikan baja kimia kepada baja yang lebih murah serta lebih mesra alam iaitu penggunaan dengan penggunaan baja kompos cacing.

Para petani juga boleh membiakkan sendiri cacing-cacing berkenaan untuk dijadikan baja. Ianya mudah dan lebih praktikal berbanding dengan baja kimia. Petani juga dapat melakukan penjimatan kerana cacing mudah membiak. Walaupun kesannya agak lambat berbanding dengan penggunaan baja kimia, ianya tetap dapat mengeluarkan hasil yang tinggi iaitu dalam lingkungan 30 % ke atas. Jelas di sini dapat dilihat betapa pentingnya penggunaan baja kompos cacing sebagai alternatif dalam pertanian. Bukan itu saja, antara kepentingan lain adalah ia juga berfungsi sebagai “Growth Stimulant” dan “Soil Conditioner” serta bebas daripada pathogen, parasit, & phytotoxin iaitu sejenis kumpulan perosak. Selain itu juga pengimportan baja kimia juga dapat dikurangkan kerana jumlah import baja oleh Malaysia adalah tinggi iaitu kira-kira 3.5 juta tan metrik setahun.

Menurut Pengarah Eksekutif Detik Aturan, Md. Arfizal Md Ariffin “kerajaan perlu menekankan pengeluaran dan penggunaan baja organik untuk mengurangkan penggantungan 100 golongan petani, kerajaan perlu menggalakkan petani menggunakan baja organik, seperti baja kompos yang boleh diproses daripada sisa pertanian termasuk daripada jerami padi, hampas kelapa sawit, batang jagung dan sisa buangan tanaman sayuran yang lebih rendah kosnya,” katanya.

Justeru itu, pendekatan baru terhadap baja organik harus diperluaskan kerana kepentingan terhadap penggunaan baja kompos cacing ini tidak dapat disangkat lagi. Para petani juga akan dapat mengatasi masalah penggunaan baja kimia yang tinggi harganya serta dapat memaksimumkan lagi hasil pengeluaran dan mengoptimumkan lagi keuntungan. Di samping itu juga kesan alam sekitar dapat diatasi dengan mudah dan tanaman yang dihasilkan juga lebih selamat dimakan dan tidak menjejaskan kesihatan berbanding dengan baja kimia yang kadang-kala menjadikan tanaman itu beracun walaupun ia menyuburkan dan akhirnya turut memberi kesan kepada kesihatan manusia.

Pakej Ternakan Mini

October 31, 2008

Pakej ternakan cacing mini ini adalah tawaran terhad terutamanya untuk penduduk kawasan lembah klang sahaja yang berminat. Tujuan pakej ini dibuat adalah untuk mencapai  misi kami iaitu setiap pengguna di rumah mampu menghasilkan baja utk kegunaan sendiri samada utk pencinta bunga, landskap atau hobi. Hasil dari mendapatkan set mini utk ternakan cacing ini diharapkan dapat menambah lagi keindahan/hijau laman/landskap rumah tuan/puan sekaligus kebaikan baja vermicast ini dapat dikongsi. Ternakan mini ini tidak memerlukan saiz yg luas, atau penjagaan yg remeh, sesuai untuk penduduk urban dan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja.

pakej yang kami tawarkan termasuklah

  1. cacing merah + cacing harimau (bercampur) 1 kg = RM 200.00
  2. cara mengajar membuat makanan cacing/penjagaan/nota  = RM 100.00
  3. makanan cacing permulaan 2kg = percuma

Keseluruhan pakej ini bernilai RM300 sahaja. Kami yakin selepas mendapatkan pakej istimewa dgn kami, tuan/puan boleh menghasilkan baja cacing berkualiti tinggi utk kegunaan tuan/puan sendiri. BERMINAT SILA HUBUNGI FIK DI TALIAN 012-3842102.

contoh bergambar.

Penghasilan baja kompos menggunakan cacing tanah adalah salah satu lagi cara bagaimana baja organik bermutu tinggi boleh dihasilkan. Aktiviti ini dapat menjana pendapatan sampingan dan tambahan kepada petani. Aktiviti in hanya melibatkan penggunaan bahan buangan pertanian dari sisa ladang seperti jerami padi, batang jagung, hampas kelapa atau bahan-bahan pertanian terbuang yang separuh reput dan sesuai di campur dangan najis haiwan seperti tahi lembu, tahi kambing dan tahi ayam yang usang sebagai bahan makanan kepada cacing tanah yang diternak.

Baja kompos berkualiti yang akan diperkenalkan adalah “Vermikompos”. Ianya adalah bahan organik hasil dari campuran vermicast iaitu tahi cacing yang dikeluarkan selepas memakan sisa bahan tumbuhan dengan najis haiwan tadi dengan tinggalan reputan bahan organik yang tidak sempat dimakan oleh cacing tetapi mengalami proses pereputan sepenuhnya oleh mikrob.

Komponen vermicast yang terbentuk dari aggregat-aggregat kecil yang disatukan oleh sebatian organik polisakarida dapat memperbaiki struktur tanah dan mengandungi pelbagai jenis hormon dan enzim yang dikeluarkan oleh jutaan mikrob yang terdapat dalam perut cacing.

Campuran vermicast dengan kompos hasil dari reputan bahan organik oleh microorganisma disahkan kaya dengan humus dan unsur-unsur pemakanan seperti nitrogen, kalium, fosforus, kalsium, magnesium dan boron serta mengandungi 1000 kali-ganda mikrob lebih dari tanah biasa. Antara bakteria-bakteria yang didapati dalam vermikompos ini adalah aerobik dan ‘nitrogen leberating backteria’, Lactobacillus sp. (penguraian bahan organik), Pseudmonas sp. terutama P. aeruginosa (mengeluar hormon dan enzim untuk pembesaran pokok), Alkaligenes sp., Azobacter sp. (pengikat nitrogen kepada nitrites), Aktinomisit sp. dan lain-lain. Hasil daripada penyelidikan di Canada, New Zealand dan Amerika Syarikat menunjukkan penggunaan vermikompos pada tanaman boleh menambah hasil tanaman dari 70% hingga 300%.

Petikan dari Buku Pembiakan Cacing (Vermilultur) & Pengeluaran Vermikompos
Jabatan Pertanian Malaysia
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani 2008

VERMIKOMPOS

Baja vermikompos adalah baja organic yang mengandungi NPK yang mudah diserap (phyto-soluble) oleh pokok,trace element,mikrob berfaedah(nitro&phoshobactors) Asid humic/fulvic,ph neutral,pest repellent semulajadi,penggalak pertumbuhan/buah Dan lain-lain.ia juga dihasilkan melalui penternakan cacing.

APLIKASI VERMIKOMPOS DALAM TANAMAN.

Untuk sayur dedaun guna 200g/m persegi untuk sayur berbuah jangka panjang guna 200g/m persegi (apply 60%-70% during plough,apply balance when young shoot sprout after 2 weeks). Kemudian 100g/m persegi(apply thereafter bi-montlyas carrier fertilizer).

KLIK SINI

*************** PRODUK KAMI ****************** HUBUNGI KAMI ***************

vermi yg bermaksud tahi cacing terhasil dari proses pembuangan tinja cacing selepas proses pemberian makanan kepada cacing yg diternak. Persoalan yang timbul dewasa ini sesetengah vermikompos boleh dikategorikan sebagai haram, walhal semua kita tahu cacing bukanlah binatang yang haram dipegang/dimakan oleh umat Islam.

Hal ini dapat diketahui setelah melihat dgn teliti cara penjagaan atau lebih tepat iaitu pemberian makanan kepada cacing tersebut. Semua kita tahu bahawa hanya sesetengah cacing sahaja yg boleh dikomersialkan kerana menghasilkan kompos atau kerana jenis cacing ini adalah jenis menguraikan tinja haiwan lain.

Dalam mana-mana kursus ternakan cacing, penternak disyorkan menggunakan tinja kambing/lembu kerbau atau mana2 tinja ternakan ruminan sebagai makanan/media cacing. Apa yang menjadikan sesuatu vermikompos itu haram adalah apabila penternak khasnya penternak yang bukan muslim menggunakan tinja khinzir sebagai ramuan kepada penghasilan media cacing. Hal ini mungkin tidak diketahui kesalahannya oleh penternak bukan muslin itu sendiri, tetapi sebagai pengguna muslim, kita haram menggunakan baja hasil dari tinja khinzir ini kerana ianya haram dari sudut syarak.

Oleh itu pengguna baja organik di luar sana dinasihatkan bertanya kepada penjual/pengeluar sesuatu jenis baja organik itu kandungan yang digunakan utk menghasilkan baja yg di beli. Kami sebagai pengeluar baja organik muslim tidak ada kompromi dalam mengunakan tinja khinzir ini sebagai ramuan dalam penghasilan baja organik kami, ianya dijamin HALAL.

Kebaikan Vemikompos

October 17, 2008

Baja vermikompos adalah tersedia untuk digunakan pada benda hidup bagi mikroorganisma yang berfaedah dimana permintaannya terhadap benih, akar atau penyerapan tanah yang memerlukan nutrien bagi aktiviti biologi mereka khasnya. Ia juga membantu membina mikro-flora dan mengembalikan semula kesuburan tanah secara umumnya.

Baja ini adalah 100% asli dan merupakan baja organik yang mesra alam. Baja vermikompos ini mengandungi Nitrogen, Phosphorus, Potassium, Organik Carbon, Sulphur, Hormone, Vitamin, Enzyme dan Antibiotik.ia juga mengandungi 1000 kali ganda mikrob yang bermanfaat kepada tumbuhan berbanding tanah biasa.untuk membuktikan kualiti dan kuantiti pada tanaman,Ia mengawasi dalam jangkamasa panjang daripada disalahgunakan oleh baja kimia yang menghilangkan kesuburan dalam tanah dan memperolehi hasil setiap masa sehingga datang kembali masalah-masalah tersebut. Para pekebun hanya membetulkan kembali dan VERMI COMPOST adalah penyelesaian terbaik.

Apa Itu Baja Vermikompos?

October 17, 2008

Vermikompos bermaksud proses penghasilan baja kompos melalui penternakan cacing tanah. Baja vermikompos ini adalah baja organik yang asli yang diketahui sebagai pembantu melindungi segala nutrien yang amat diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan dan membantu meningkatkan kualiti tanah dengan mikroorganisma yang semulajadi.

Jika dahulu baja ini tidak dijual di mana-mana tempat, kerana belum ada pihak yang mengusahakan ternakan cacing secara serius, namun pada masa ini baja vermicast (100% tahi cacing) dapat dihasilkan setelah wujudnya pengatahuan mengenai ilmu ternakan cacing. Jesteru itu, industri ternakan cacing berkembang pesat terutamanya untuk tujuan penghasilan baja vermikompos.

CARA VERMIKOMPOS DIHASILKAN

MAKANAN CACING + CACING TANAH = BAJA VERMIKOMPOS

Anda sedang melayari laman web agro pertanian yang menjurus kepada ternakan cacing. Pertama sekali kami syarikat PJ Agrotech atau Padang Jawa Agrotech ditubuhkan sebagai syarikat pengeluar/pembekal baja organik di Sekitar Negeri Selangor D.E. Kami berbesar hati menyambut seruan kerajaan negeri selangor yang mana melahirkan hasrat mencapai penggunaan baja kimia sifar pada masa beberapa tahun akan datang. Jesteru itu dgn melihat potensi serta peluang yang cukup cerah dalam industri baja organik dalam negara khususnya dalam Negari Selangor, kami sepakat menubuhkan syarikat ternakan cacing untuk tujuan pengeluaran baja vermicast @ tahi cacing.

Misi syarikat kami ialah meralisasikan hasrat kerajaan dalam mengurangkan kebergantungan kerajaan negeri dalam penggunaan baja kimia sekaligus membantu memajukan industri pertaniaan dalam negeri yang secara lansung dapat menambahbaik pengeluaran hasil dalam pertanian khususnya petani-petani kecil bumiputera. Selain itu juga dengan penggunaan baja organik tahi cacing/ vermikompos ini dapat mengurangkan pencemaran alam semulajadi serta dapat menjamin keselamatan pengguna dalam keracunan makanan hasil dari penggunaan baja kimia yang berlebihan. Teruskan bacaan anda di blog kami untuk mengatahui manfaat/ kebaikan vermikompos anugarah dari alam semulajadi.

fiksha,

PJ agrotech,

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.